INFO DAN RAWATAN PSORIASIS

author
5 minutes, 27 seconds Read

Jom Cuba, Ada Banyak Pilihan Rawatan Bagi Penyakit Kulit Psoriasis!

Kulit dengan penampilan tompokan merah, kering dan bersisik, tak lain tak bukan merujuk kepada penyakit psoriasis dan ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Maka, apakah pilihan ubat psoriasis yang ada?

Sebenarnya, banyak sekali pilihan rawatan yang boleh penderita psoriasis cuba! Ingin tahu? Jom baca!

Penyakit kulit psoriasis, kenal lebih lanjut!

Psoriasis, 1 kondisi yang tidak normal di mana kulit pesakit berganti dengan cepat berbanding kulit yang normal, lantas menghasilkan plak bersisik yang tebal.

Tompokan bersisik dan kemerahan ini biasanya muncul di siku, lutut, kulit kepala dan belakang bawah, tetapi ia juga boleh menjejaskan bahagian badan yang lain termasuk kuku dan tulang.

Sebilangan besar penghidap psoriasis hanya mengalami tompokan yang kecil. Tapi dalam beberapa kes pula, tompok-tompok kulit ini boleh menjadi gatal atau menyakitkan.

Jenis-jenis Psoriasis

Psoriasis mempunyai beberapa bentuk klinikal yang sering ditemui semasa diagnosis. Antara bentuk-bentuk yang sering dijumpai adalah:

  1. Chronic plaque psoriasis
    • Ia adalah sejenis psoriasis yang paling kerap ditemui dalam kalangan pesakit
    • Tersebar secara simetri pada kawasan-kawasan badan seperti ubun-ubun, siku, lutut dan kawasan punggung
    • Menyebabkan rasa gatal-gatal pada bahagian yang terlibat
  2. Guttate psoriasis
    • Berciri-cirikan plak-plak psoriasis yang kecil
    • Biasanya bermula pada bahagian perut, bahagian hujung lengan dan kaki
    • Sesetengah pendapat mengatakan bahawa terdapat kaitan di antara guttate psoriasis dan jengkitan streptococcal pharyngitis (iaitu jangkitan pada bahagian saluran pernafasan)
  3. Pustular psoriasis
    • Sebuah keadaan psoriasis yang paling bahaya dan boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan segera
    • Jenis yang paling bahaya dikenali sebagai “von Zumbusch”
    • Gelembung-gelembung kecil yang mengandungi nanah terbentuk pada permukaan kulit
    • Keadaan ini boleh diikuti dengan kemerah-merahan pada kulit, demam, cirit-birit, ‘leukocytosis’ iaitu meningkatnya bilangan sel darah putih dan ‘hypocalcemia’ iaitu kukurangan mineral kalsium dalam darah.
  4. Erythrodermic psoriasis
    • Badan dipenuhi dengan ruam berwarna kemerah-merahan dan keadaan kulit yang bersisik
    • Pesakit memnpunyai risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan dan ketidak seimbangan elektrolit di dalam tubuh disebabkan keadaan kulit yang tidak dapat melindungi tubuh badan
  5. Inverse psoriasis
    • Keadaan psoriasis yang berlaku pada bahagian kulit yang sepatutnya jarang mendapat psoriasis
    • Kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti pada bahagian ketiak, kawasan kemaluan, bahagian hadapan pinggang dan kawasan dada
  6. Nail psoriasis
    • Psoriasis yang berlaku pada bahagian hujung jari dan kuku
    • Ia boleh jadi bermula daripada kuku sahaja ataupun bermula pada kuku dan bahagian kulit yang lain serentak.
    • Psoriasis jenis ini sering kali berlaku dalam kalangan pesakit yang mengalami psoriatic arthritis
    • Terdapat seperti lubang-lubang kecil terbentuk pada permukaan kuku. Kuku akan menjadi rapuh dan mudah terhakis walaupun hanya terkena geseran kecil.

Apa sebenarnya faktor yang boleh menyumbang kepada punca psoriasis?

Malangnya, punca psoriasis masih tidak dapat dipastikan. Namun, kajian menunjukkan sistem imun dan genetik mungkin memainkan peranan utama dalam pembentukannya.

Kebiasaannya, terdapat beberapa faktor pencetus psoriasis pada kulit kepala dan badan.

Faktor-faktor yang menjadi punca psoriasis termasuklah:

  • Jangkitan pada kulit
  • Kecederaan kulit
  • Selaran matahari yang kronik
  • Stres/ tekanan
  • Tabiat buruk merokok
  • Kekurangan vitamin D
  • Kesan ubatan yang diambil
  • Gigitan serangga
  • Pengambilan alkohol berlebihan

Kondisi kulit ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mengira usia atau jantina, tetapi golongan yang lebih cenderung mengalaminya adalah orang dewasa berusia 35 tahun ke bawah.

Tambah lagi, tahap keparahan psoriasis pula adalah sangat berbeza dalam kalangan pesakit.

Bagi sesetengah orang ia mungkin hanya menjadi kerengsaan kecil, tetapi bagi yang lain pula, sampai mempengaruhi kualiti hidup mereka.

Psoriasis, penyakit yang berlaku buat jangka masa panjang (kronik), yang meliputi tempoh saat tidak bergejala, bergejala ringan dan diikuti dengan waktu ketika simptom menjadi parah.

Pilihan rawatan psoriasis terbahagi kepada 3 kategori!

Untuk makluman anda, tidak ada penawar untuk psoriasis, tetapi pelbagai rawatan dan ubatan dapat membaik pulih gejala dan penampilan kulit.

Rawatan psoriasis juga bertujuan untuk menghentikan sel-sel kulit daripada tumbuh begitu cepat dan menyingkirkan kulit yang bersisik.

Terdapat 3 kategori rawatan:

  1. Topikal: Krim dan salap yang digunakan pada kulit.
  2. Fototerapi: Pendedahan kulit kepada jenis sinar ultraviolet tertentu.
  3. Sistemik: Ubat psoriasis oral dan suntikan yang berfungsi di seluruh badan.

#1 Rawatan topikal

  • Steroid topikal: Ubat ini paling kerap digunakan untuk merawat psoriasis yang ringan hingga sederhana. Mereka boleh didapati dalam bentuk salap, krim, losen, gel, semburan dan syampu
  • Analog vitamin D: Bentuk sintetik vitamin D, seperti calcipotriene dan calcitriol yang berfungsi dengan melambatkan pertumbuhan sel kulit. Jenis ubat ini juga boleh digunakan secara sendiri atau bersama steroid topikal
  • Retinoid: Tazarotene (retinoid topikal preskripsi generasi ketiga) boleh didapati dalam bentuk gel atau krim dan digunakan sekali atau 2 kali sehari. Tazarotene, bagaimanapun tidak digalakkan untuk wanita hamil, sedang menyusu atau yang berhasrat untuk hamil
  • Perencat calcineurin: Calcineurin inhibitors seperti tacrolimus dan pimecrolimus mengurangkan keradangan dan pengumpulan plak
  • Asid salisilik: Syampu asid salisilik dan larutan kulit kepala berupaya mengurangkan kesan sisik psoriasis. Ia boleh digunakan dengan sendirinya, atau menyokong penggunaan ubatan lain untuk menembusi kulit dengan lebih mudah

#2 Terapi cahaya

Terapi menggunakan cahaya, menjadi rawatan first-line untuk psoriasis tahap sederhana hingga kronik.

Ia melibatkan pendedahan kulit kepada cahaya semula jadi atau buatan secara terkawal. Selain itu, rawatan berulang mungkin perlu dilakukan.

  • Cahaya matahari: Secara ringkasnya, pendedahan harian kepada cahaya matahari (heliotherapy) dapat membaik pulih psoriasis. Sebelum memulakan rejimen cahaya matahari, rujuk doktor tentang cara paling selamat untuk memanfaatkan cahaya semula jadi ini sebagai rawatan
  • Jalur lebar UVB: Pendedahan kepada cahaya jalur lebar UVB dalam dos yang terkawal dari sumber cahaya buatan dapat merawat masalah tompokan, dan penyebaran psoriasis yang tidak dirawat dengan terapi topikal. Kesan sampingan jangka pendek mungkin merangkumi kemerahan, gatal-gatal dan kulit kering
  • Jalur sempit UVB: Terapi sinar sempit UVB ini mungkin lebih berkesan berbanding rawatan jalur lebar UVB. Ia biasanya diberikan sebanyak 2 atau 3 kali seminggu sehingga kualiti kulit bertambah baik
  • Psoralen plus ultraviolet A (PUVA): Rawatan ini melibatkan pengambilan ubat sensitif cahaya (psoralen) sebelum terdedah dengan sinar UVA. Cahaya UVA dapat menembusi lapisan kulit yang lebih dalam berbanding cahaya UVB, dan psoralen menjadikan kulit lebih responsif terhadap pendedahan UVA. Rawatan yang lebih agresif ini secara konsisten dapat membaik pulih kulit dan sering digunakan bagi kes-kes psoriasis yang kronik
  • Excimer laser: Dengan bentuk terapi cahaya ini, cahaya UVB yang kuat bakal disasarkan terhadap kulit yang terjejas. Terapi laser Excimer memerlukan sesi yang lebih sedikit berbanding fototerapi tradisional disebabkan faktor penggunaan pencahayaaan UVB yang lebih kuat. Kesan sampingannya boleh merangkumi kulit kemerahan dan melecet

#3 Ubat oral atau suntikan

  • Steroid
  • Retinoid
  • Methotrexate
  • Cyclosporine
  • Biologik
  • Ubat-ubatan lain: Thioguanine dan hydroxyurea adalah ubat yang boleh digunakan apabila ubatan lain tidak dapat diberikan

Jika masalah psoriasis anda masih tidak pulih, berjumpalah dengan pakar kulit untuk mengetahui rawatan yang sesuai dengan anda.

(artikel dipetik dari sumber

  1. https://hellodoktor.com/sihat-bergaya/psoriasis/ubat-psoriasis/
  2. https://www.doctoroncall.com.my/penyebab-dan-gejala-psoriasis#show

ANTARA PRODUK YANG BOLEH MERAWAT PSORIASIS

1.HABBATUS SAUDA OLEH MEXBLUE (MAGICBLUE)

2. GEL BIDARA BIDARA & ROSE JENAMA MEXBLU (MAGICBLUE)

UNTUK MEMBUAT BELIAN, SILA TEKAN BUTANG DI BAWAH INI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X